Sunday 17 April 2011

AROMA RUMPUT TERAPI HILANGKAN STRESS!!.......:))



Pasti anda pernah mencium bau rumput terutama selepas ianya baru sahaja dipotong. Bayangkan baunya yang hijau dan segar. Tahukah anda aroma tersebut dapat mengurangkan kadar stress anda? Inilah yang mendorong Dr Menoreh Lavidis, seoranpakar Euroscientist dari University of Queensland untuk melakukan kajian ke atas kesannya.

Kajian ini mengambil masa  sehingga tujuh tahun. Hasil penelitian menunjukkan bahawa aroma rumput segar terbukti dapat memberi kesan terus kepada otak, iaitu di bahagian amygdala dan hippocampus. Bahagian tersebut berkait rapat dengan pengawalan emosi dan memori. Ia juga bertanggung jawab ke atas pelepasan hormon yang dapat menyebabkan stres.

Dengan mencium aroma rumput segar, kandungan zat kimia yang terkandung dalam aroma tersebut bertindak terus ke atas pemicu stress dan memberbaiki keadaan hippocampus. Kerana itulah anda akan merasa tenang dan nyaman apabila mencium bau rumput segar. Bagi anda yang mempunyai kawasan rumah yang berumput, anda masih berpeluang untuk menikmatinya dengan lebih baik selepas ini. Bagi yang tidak pula, terdapat banyak aroma yang dijual dipasaran termasuk aroma rumput segar.
sumber : Yahoo

No comments:

Post a Comment